BeNgAnG TaK??hihi =)

u click me,,i click u!!

Thursday 31 March 2011

Kisah Secawan Kopi~

Assalamualikum…apa kbar sahabat2 suma..rasa cm lama sangat xupdate blog ni kan…*bdget bz kan?=p

Bknnya apa…ada satu sbjek ni ala2 mikro teaching yang sangat memerlukan komitmen yang penuh dari diri ini dan sangat meletihkan..sob3

Sebab tu la ltey sampai tak terupdate blog ni..ya la da nama pn belajar kan..mesti lah susah..xdak apa yang mudah dalam hidup ni kan??kalau kita nak satu kejayaan tu haruslah berusaha sebaik mungkin kerana

“kejayaan semanis madu..memerlukan pengorbanan sepahit hempedu”

sementelah masa yang ada ni sy cuba manfaatkan sebaiknya ya..=)
saya nk kongsi satu hadis riwayat muslim tentang dunia dan kehidupan..jom kita sama2 amek manfaat..

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “ Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”. – Hadith riwayat Muslim

Jom sama2 kita relate dunia dengan kehidupan seharian..

Andai kata kita diberi gelas dan cawan yang dalamnya ada kopi.. Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, kristal. 



Ada yang kelihatan biasa saja dan ada yang kelihatan mahal..pasti yang murah tu yang akan d tinggalkan dan yang mahal2 tu yang akan dipilih kan??

Kalau semua perasan kan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. 

Keadaan yang biasa semua orang mahukan yang terbaik dalam hidup tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang semua hadapi apabila keadaan ini berlaku..

"Apa yang sebenar diperlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi diri sendiri yang telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, kita akan memerhatikan je cawan yang diambil oleh orang lain.

Manusia ni xkan pernah puas dengan kehidupan sendiri kan..pasti ada ja yang akan kita cemburui kan?hurm~mintak dijauhkan daripada selalu memliki perasaan yang macam ni.amin

Apa kaitan kopi cawan dan gelas dengan dunia dan kehidupan seharian kita??

Kehidupan kita umpamakan sebagai kopi,
kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan tu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan.

Kehidupan tidak akan berubah tapi hanya alatnya yang akan berubah kan. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.

Kita terlalu kejarkan harta dan kekayaan sehinggakan kita gagal menikmati nikmat dan erti dalam kehidupan kita kan..apa gunanya kalau mempunyai harta yang bnyak kalau hati tak tenang?

Nikmatilah kehidupan yang ada dengan sebaiknya berpaksikan Al-quran dan As-Sunnah...pasti apa yang dicaturkan oleh Allah dalam kehidupan adalah yang terbaik utk kita kecapi =)



Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “ Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”. – Hadith riwayat Muslim

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadith riwayat Imam Tirmizi

Saturday 26 March 2011

Kenapa kita Tak Dapat Apa yang Kita Idam-Idamkan??

Setiap orang pasti ada masaalah dan ujian kan,,samaada masaalah tu biasa2 atau pun msaalah tu memang benar2 menguji ketahanan diri..Pernah tak bila kita ditimpa msaalah kita btul2 rasa down sgt??mesti pernah kan..suma akan rasa,,Cuma kdg2 ia msaalah yang sama ataupun tak..

Pabila kita diuji kita pasti akan mengeluh..hati pasti berbisik : 
“ YA ALLAH,,kenapa aku diuji dengan dugaan yang sebegini berat..”

Tetapi hakikatnya ALLAH lagi tau apa yang terbaik utk hambanya kan..ALLAH tau kita mampu,,sebab itu kita diuji..Kita memang layak diuji,,kita ni siapalah sangat kalau nk dibandingkan dengan pencipta kita Yang Maha Agung,,kita manusia yang kerdil lagi hina..

Ok..kali ni sy nk kongsi ayat2 quran yang menjawab kepada setiap pertanyaan apabila kita diuji..jom kita sama2 hayati dan muhasabah diri =)

Kenapa saya DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
 (-Surah Al-Ankabut ayat 2-3) ..



Kenapa saya TAK DAPAT APA yang saya IDAM- IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
 (-Surah Al-Baqarah ayat 216)..

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(-Surah Al-Baqarah ayat 286)


rasa FRUST?..

"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (- Surah Al-Imran ayat 139)..
BAGAIMANA HARUS saya MENGHADAPINYA?..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(-Surah Al-Imran ayat 200)..

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(-Surah Al-Baqarah ayat 45)


APA YANG saya DAPAT daripada SEMUA UJIAN INI?..

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
(-Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA saya BERHARAP?..

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya saya bertawakkal." (-Surah At-Taubah ayat 129)..


DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!..

"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (-Surah Yusuf ayat 12 )



“TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG BOLEH MEMBERI SYAFAAT (PERTOLONGAN) MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH S.W.T”

SESIAPA YANG BERPEGANG DENGAN AL-QURAN DAN SUNNAH PASTI TIDAK AKAN SESAT SELAMA – LAMANYA...

siapa kite yg nk bangga sangat dengan harta yang kita ada kt dunia ni??janganlah kita terlalu angkuh dengan harta yang kita miliki sekarang sebab semua ni kurniaan dariNYA kan

siapa kita yg nak bangga sangat dengan kecntikan yang ada pada diri kita??kalau ALLAH  nak ambik balik kecantikan yang ada pada diri kita tu bila2 masa ja DIA boleh ambil..bersyukurlah,,,janganlah terlalu pandangkan kecantikan luaran kerana ALLAH  xmemandang suma tu..yang dy pandang kecantikan nurani yang ada dalam diri kita…

kadang2 kita terlalu taksub dengan kepndaian akal fikiran manusia…ingatlah!!apa yang dimiliki manusia semuanya kurniaan dari ALLAH..
kdg2 kita terlalu kejarkan dunia hingga lupakan akhirat..smua yang ada di dunia ini..smuanya milik ALLAH..dari DIA kita datang..kepada DIA kita kembali

kdg2 kite lupa bahawa suma ni kurniaan ALLAH....
kita hnya berkata ia 'NASIB'....

betol ka tu nasib??..
nasib itu dtg drpd siapa?..

lahir kita di dunia....
umpama kain putih....
yg tiada dosa dan noda....
siapa yg mencalar ia sedemikian rupa....

siapa kita??..
HAMBA ALLAH??..
sbg apa??..
KHALIFAH....

itulh sbnr2nye kita....
"HAYATI KULLUHAL ILAALLAH" yang bermaksud HIDUPKU SEMUANYA UTK ALLAH.... .

setting niat krn ALLAH....
ckuplh stiap pkerjaan dan amalan yg kita lakukan ad lintasan ALLAH....
dlm fikiran kita.....kerana ALLAH

konsep IHSAN....
"kamu mengabdikan dri seolah2 ALLAH melihat kamu,andai kata kamu tidak melihat ALLAH..sesungguhnya ALLAH melihat kamu...."
hati adlh pnca segalanya....
bersihkan hati....

capailah keredhaan ALLAH....
"MARDATILLAH" dgn mendktkn dri pdNYA....
BITAUFIQ WANAJJAH..BARAKALLAHUFIKUM..

semoga kita Berjaya dalam hidup..semoga ALLAH memberkati kehidupan kita..amin =)

Friday 25 March 2011

Tempat Larangan bagi Manusia~



Yer la..kitorang time asasi kena menghafal hadis 40 ni..time ni la rasa betul2 susah sbb xpernah ada pengalaman hafal hadis yang byk cmni..kena tasmi’ ( ustaz dengar sy hafal hadis depan ust)

Kalau kt skolah menengah dulu pernah la hafal..tp xdak la smpai 40 hadis..satu sem 20 hadis kena tasmi’..tp bila dah lama2 hakikatnya senang ja hafal hadis kalau start awal..kalau buat keja last minit apapn tetap susah kan? =’=

Moral kt sini : jgn buat kja last minit..tp tu la tabiat sy..cmna nk ubah ek?=p

Ok..jom kita tgk hadis yang ke 6 daripada hadis 40 :

"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

" Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai.

Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya.

Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram.

Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu.

Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging.

Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ' 
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Perkara yang halal tu jelas perkara haram itu jelas kan..macam kita tau..perkara halal tu macam perkahwinan, rzeki yang baik dan sebagainya..

Manakala perkara haram pulak berzina, membunuh, memakai tdung tapi sanggul seperti bonggol unta dan apa yang terang2ngan kita dah tau bahawa perkara tu haram..manusia ni kalau pekara2 yang ditegah lagi nk buat kan..moga2 kita terpelihara daripada pekara2 haram ni..amin~

Antara kedua2 perkara haram dan halal ni ada perkara yang syubhat..contohnya kita boleh tengok sendiri dalam urusan jual beli, ibadat dan sebagainya..

Kadang2 kita sendiri macam kurang ambil berat kan pasai pekara syubhat ni..pemakanan kita…ibadat dan sebagainya..contohnya macam pemakanan sangatlah perlu diajaga sebenarnya sbb makanan tu yang akan jadi darah daging kita nanti..

Kalau kita berdepan dengan syubhat ( was2) lebih baik kalau kita tinggalkan ja perkara tu..tapi kalau nk tinggalkan mesti ada bisikan jahat kan??huhu..jadi,,sangatlah perlu kita tekadkan hati dan lawan bisikan jahat tu..shuhhh2,,soh dy p main jauh bsikan jahat kan..jom kita menangkan bsikan baik jom!! Apapun smuanya bermula daripada hati kita kan..=)

umpama pengembala kambing lalai dan kambing apabila kambing masuk tempat larangan...macam manusia yang masuk dalam pekara syubhat disebabkan hati kita yang lalai kan~


Jom kita tengok plak apa pengajaran daripada hadis di atas :

Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.

Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi,demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.

Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.

Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

Thursday 24 March 2011

Egokah lelaki??



Alhamdulillah da selamat sampai kat umah kt kedah selepas menempuhi perjalanan selama 5 jam..

Lepas kelas n mkn2 suma..sy bersama2 dengan dua org kawan terus betolak balik dr university terus ke rumah..

Bertolak pukul  1.10 ptg,,singgah di sungai perak utk solat n alhamdulillah smpai shahab pkui 6.20 ptg td..laju x??ehehe…pandu cermat jiwa selamat ya~

Td kan..masa otw balik atas highway..ada satu keta kembara ni tau..dala pakai line kanan..dy slow plak..bg lampu xnak msuk line tengah..tension btol..laki mmg ego ek klau pmpoan nk ptong keta??tercabar ka ego tu..hu,,

pastu kawan sy ni berusaha sepenuh hati utk mendahului kereta tu..setelah cuba sedaya upaya akhirnya!!berjaya!!!yeay~~sy jerit2 bg semangat hehe..perangsang buat kwn sy tu..ya la da nek kancil 850..lawan kembara lak..tp last2 menang gk kan =p

Korang pernah tak alamai situasi yg sedemikian rupa??sy plg panas bila pakai line kanan pastu slow~ grrr!!

Bila da smpai shahab Perasaan rindu ni membuak2 utk pulang ke rumah..ya la..da lama xbalik umah kan,,da nk dekat sebulan kowt rsanya..Rindu mama n abah,,rindu adik2..

selagi kita ada mak ayah kita berbakti kepada mereka kan?jaga hati dan perasaan depa..orang tua2 ni bila usia makin lanjut makin manja perangainya..

buat kwn2 yang dah kehilangan mak ayah tu sentiasalah mendoakan agar mereka tenang di sana..amin..buat kita yang masih ada mak ayah hargai mak ayah kita sebaik mungkin kan..

Ini saya nak kongsi satu hadis yang menerangkan betapa besarnya redha ibu bapa

Dari Abdullah Umar RA berkata:
Rasulullah SAW bersabda “Keredaan Allah adalah di bawah keredaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua-dua ibu bapa.”(HR Tirmizi dan di tashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

Dan sentiasalah mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita setiap kali lepas solat..xkan ada amalan yang lain yang boleh membahagiakan mak ayah kita dari jauh kecuali dengan doa~

Jom kita amalkan doa untuk ibu bapa ni setiap kali lepas solat nak?=)


Wednesday 23 March 2011

DOHA atau QATAR~

baru2 ni pada hari selasa lepas ada ujian..macam test la..kena speaking bahasa arab kt depan..10 markah..

paper ni xdak final akhir..so kena la betul2 dengan subjek ni kalau ada ujian or test ka apa..sebab semuanya bergantung kat ujian atau test dalam kelas..

ujian ni kena pilih satu tajuk,,tajuk bebas asalkan dalam bahasa arab..ketaq lutut wei kena bercakap arab kt depan huhu..so sy pon pilih la satu tajuk yang senang nak cita n smpai kat pelajar2 lain..n sy buat keputusan untuk pilih tajuk (الدورة اللغة العربية إلى القطر) yang bermaksud : lawatan sambil belajar ke qatar..

bila da pilih tajuk tu,,ingatan dan rindu ini kepada qatar huhu..teringat time belajar,,jalan2..makan2..best sangat2!!huhu

semua org tahu tak qatar kat mana??masa first nak p tu...org selalu xtau pon qatar ni katna..soalan yang kerap kali ditanya yang berbunyi.,,,,,

kawan : wei,,hang nak p buat kursus bahasa kat mana nnt??

sy : qatar...

kawan : qatar tu ktna??xpnah dengaq pon...

sy : kt doha..tau??

kawan : oww..kalau doha tu tau lah..

padahal doha tu ibu negara qatar la..orang macam xtahu sangat qatar ni..tapi bila qatar terpilih utk tuan rumah fifa barulah femes sikit kan..macam malaysia lah..negara2 luar lebih kenal kuala lumpur daripada malaysia..siap ada yang kata malaysia tu indonesia..panas!!huhu...kdg2 ada yg xtau pun malaysia ktna..sdey x??sob3

sebenarnya..setiap tahun..pihak universiti akan menghantar dua kali dalam setahun pelajar2 ke negara arab untuk lebih mendalami bahasa arab..tapi dy ada ujian la..banyak negara sebenarnya,.ada yang dihantar ke mesir,yaman,dubai dan qatar..

sy pon tercampaklah dibumi qatar selama 3 minggu..masa first nk p tu..takot,,excited...semua perasaan bercampur baur..yalah..time p qatar tu xdak kawan..suma xkenai..

tapi tekad dalam hati.." p sana nak mengaji bukan nak seronok2,,so kena berdikari"...

jadi pergilah daku sendirian bersama2 yang lain 
sampai kt sana..kami dijemput oleh orang Malaysia Qatar yang sangat baik hati iaitu ummi Norlina..

bila smpai kt sana..kami dibhagi2kan rumah..xley duduk sama2 budak Malaysia,,
sdey sangat2 awalnya..tapi paksakan diri untuk kuat jugak..
sy kena duduk dengan budak London..kawan saya yang sorang lagi kena duduk dengan budak Nigeria..n yang sorang lagi kena duduk dengan orang Uzbekistan..dua orang lagi yang bernasib baik duduk sebilik..sebab time tu kbetulan ada bilik kosong.

time tu cuba pujuk hati : “ time ni la aku kena cuba belajar speaking English n bahasa arab” yer la..da xpndai sangat kan sob3..

masa tu,,tuhan ja tau cmna perasaan dy..berdepan dengan orang yang tak kenal..kebetulan time  tu ada orang indonesia yang duduk serumah dengan saya..berkenalanlah kami..n tanya dy cmna nk dapatkan wifi..masa tu internet jela satu2nya cara nak berhubung dengan orang Malaysia..

keesokannya kami p daftar ke university n masuk ke kelas..time tu da rmai da kenal..pelajar2 kat sana sangat baik hati..bila diorang tengok kami ramai2 ada yang bertegur sapa..tnya dari mana..bagus diorang ni..alu2kan kedatangan kami..ajak makan la,,time tu rasa cm kenal lama da..

bila time dalam kelas buat kerja kumpulan,,memang membantu..walaupun pada awalnya macam susah nak komunikasi sebab bahasa arab yg diorang cakap tu pelat..lmbat la skit nak paham,,*bdget mcm arab sy xpelat kan,,hihi budak kelas saya time tu ada dari Ireland,korea,filifina,turki n bagai2 la..time dalam kelas cakap bahasa arab walaupun broken...english bila da balik hostel..tu pun broken gak huhu..

masa sy p Qatar tu bulan 12..time tu musim sejuk..kebetulan dalam hostel yang kami tinggal tu ada swimming pool..pagi tu time cuti.. kami berlima xtau nk watapa tau..last2 kami mandi dalam swimming pool tu..percaya x???*kerja gila kan..

mana la pernah orang buat mand pool pagi2 dalam musim sejuk plak tu..sja seronok2..kami2 mandi berlima n dengan kawan dari lubnan..memang suma orang tengok pelik..kami buat derkk ja..buat cm xrasa sejuk...lepas tu teketaq2 sejuk..kecut abes tangan..balik bilik trus mand pkai heater selimut abes satu badan haha..mmg kenanganlah~=)

kisah yang xley lupa jugak bila mana my roommate n i bila bercakap kami akan gunakan English or arab tau..bila sy speak English..some words yg sy xtau dy akan paham ataupun kami akan translate dalam bahasa arab..

bila ckp arab..kalau dua2 tak paham,,,kami akan sama2 tgelak3…time tu la bukak kamus n translate dlm English..*konon2 nak belajar cakap arab la dalam bilik kan =p

masa berlalu dan terus berlalu..sekarang saya amat rindukan kenangan di sana..berkawan dengan pelbagai bangsa daripada pelbagai Negara..kalau ada rezeki teringin sangat nak p sekali lagi untuk perbaiki dan mantapkan bahasa arab saya..teringin sangat2..ada sapa2 nk sponser??ehehe

ni sedikit gambar kenang2gan time sy kat sana..sila jamu mata ya =)


kenderaan pergi dan pulang..*pramugari gulf air ganas!!=)


pantai kat qatar..cantik kan??


 universiti yang saya belajar selama 3 minggu~


 ni la asrama sy..cantik x??macam hotel da hehe


makanan yang dimakan sepanjang kat sana..balik2 jd belon..penat diet!!huhu


sand dune!!best sgt,,jasa baik org msia kt qatar bwk kami p jalan2..


bandar cornish~ replika pearl tu simbol kepada pekerjaan org2 qatar 
sebelum menjadi negara kaya..diorang ni kerja nelayan....


org sibuk shoping sy sibuk amek gambar..*sbb sy da abes shopping hehe
bersama dgn classmate jugak~


mall yang tercantik!! cuba tgk atas mall tu ada lukisan awan..masuk mall ni damai ja rasa..cantik sgt..yg tingkap2 tu bukan betul pon..replika ja..cantik kan??love it!! =)


sebelum balik dapat kitab percuma..


selamat tinggal qatar!!=(

Monday 21 March 2011

Apa yang lebih baik daripada Dunia dan Isinya??


......السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Apa yang ada dengan dunia??
Kawan2 suka dunia tak…
Atau Suka dengan kematian dan tak sabar untuk mati??

Readers suma pernah dengar tak penyakit “wahan...”
Penyakit ini adalah satu penyakit yang menimpa manusia akhir zaman iaitu penyakit yang cintakan dunia dan takutkan mati..nauzubillahiminzalik..semoga kita terhindar daripada penyakit yang macam ni..

Ok..Kali ni saya nak kongsikan satu amalan dan kelebihan tentang solat sunat sebelum subuh..bila kita buat kan,,kita akan dapat ganjaran yang melebihi dunia dan isinya…besar kan ganjarannya..macam kita tau..satu dunia dan isinya kalau kita dapat mesti bahagia sangat…

Jom kita tengok hadis tentang kelebihan solat sunat qabliah iaitu solat sunat sebelum subuh..

Dari Aisyah dari Nabi s.a.w sabdanya  Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya .” 
(HR Muslim ) 

Dan pada suatu lafaz “ Kedua rakaat tersebut lebih aku cintai daripada dunia ini seluruhnya .”



Amalan ini adalah salah satu amalan yang sangat disukai oleh Rasulullah SAW..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”: Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh..”
 (Riwayat Muslim).


Dan pada riwayat lain disebutkan : Nabi tidak pernah begitu kuat ketekunannya dalam mengerjakan solat-solat sunat rawatib melebihi dua rakaat sebelum subuh .
(HR Muslim & Bukhari)

Lafaz Niat :


Hadis ini menceritakan ganjaran untuk membolehkan  kita tahu hasil daripada amalan yang kita lakukan..ya lah,,pahala benda yang manusia xnampak kan..kalau diberikan ganjaran dalam bentuk perbandingan barulah kita semngat nak buat sesuatu pekerjaan tu…tu pun kadang2 malas nk buat kan huhu

Mesti akan ada bisikan syaitan dalam hati kan..kadang-kadang saya pon dapat bisikan camtu tau..tapi dalam hati pasti akan ada bisikan baik jugak yang akan berbisik..semuanya bergantung kat diri kita sbenarnya samaada kita lebih cenderung untuk ikut bisikan yang baik ataupun yang buruk..

Bisikan syaitan : “ ish,,aku ni subuh pon selalu gajah..ni plak nak wat solat sunat sebelum subuh…baik tidoq lagi bagus..”

Atau pun begini

"Mengantuknya…buat solat subuh dah la..bila pandang kanan katil melambai2..pandang kiri katil memanggil2.."*mesti syaitan yg panggil tu ehehe

Bisikan baik jawab : dala aku ni banyak dosa..xdak masa nak tambah ibadah sunat..takkan 2 rakaat aku xboleh nak luangkan masa untuk beribadat dengan Allah..masa utk dunia aku xkisah pon kalau abeskan lama2..

Lepas tu kan,,mata terus akan rasa segar bugar dan semngat utk wat solat sunat sbelum subuh ni..kalau tak caya..ce buat hehe..

Saya buat entry ini utk ajak kawan2 sama2 buat amalan ini sekaligus mengigatkan diri yang selalu alpa dan hina ini..terlalu asyik dengan dunia..ya la..bila asgment n test melambak2..tidoq tak menentu..bangun solat subuh ja..dulu rjen jugak solat sunat..sekarang dah start panas enjin balik dah nak istiqamah balik amalan ni..insyaallah~

Jom kita sama2 lawan bisikan syaitan dan ikut bisikan yang baik tu agar sentiasa melakukan amalan yang baik2..insyaallah….semoga Berjaya..amin =)