BeNgAnG TaK??hihi =)

u click me,,i click u!!

Friday 25 March 2011

Tempat Larangan bagi Manusia~



Yer la..kitorang time asasi kena menghafal hadis 40 ni..time ni la rasa betul2 susah sbb xpernah ada pengalaman hafal hadis yang byk cmni..kena tasmi’ ( ustaz dengar sy hafal hadis depan ust)

Kalau kt skolah menengah dulu pernah la hafal..tp xdak la smpai 40 hadis..satu sem 20 hadis kena tasmi’..tp bila dah lama2 hakikatnya senang ja hafal hadis kalau start awal..kalau buat keja last minit apapn tetap susah kan? =’=

Moral kt sini : jgn buat kja last minit..tp tu la tabiat sy..cmna nk ubah ek?=p

Ok..jom kita tgk hadis yang ke 6 daripada hadis 40 :

"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

" Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai.

Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya.

Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram.

Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu.

Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging.

Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ' 
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Perkara yang halal tu jelas perkara haram itu jelas kan..macam kita tau..perkara halal tu macam perkahwinan, rzeki yang baik dan sebagainya..

Manakala perkara haram pulak berzina, membunuh, memakai tdung tapi sanggul seperti bonggol unta dan apa yang terang2ngan kita dah tau bahawa perkara tu haram..manusia ni kalau pekara2 yang ditegah lagi nk buat kan..moga2 kita terpelihara daripada pekara2 haram ni..amin~

Antara kedua2 perkara haram dan halal ni ada perkara yang syubhat..contohnya kita boleh tengok sendiri dalam urusan jual beli, ibadat dan sebagainya..

Kadang2 kita sendiri macam kurang ambil berat kan pasai pekara syubhat ni..pemakanan kita…ibadat dan sebagainya..contohnya macam pemakanan sangatlah perlu diajaga sebenarnya sbb makanan tu yang akan jadi darah daging kita nanti..

Kalau kita berdepan dengan syubhat ( was2) lebih baik kalau kita tinggalkan ja perkara tu..tapi kalau nk tinggalkan mesti ada bisikan jahat kan??huhu..jadi,,sangatlah perlu kita tekadkan hati dan lawan bisikan jahat tu..shuhhh2,,soh dy p main jauh bsikan jahat kan..jom kita menangkan bsikan baik jom!! Apapun smuanya bermula daripada hati kita kan..=)

umpama pengembala kambing lalai dan kambing apabila kambing masuk tempat larangan...macam manusia yang masuk dalam pekara syubhat disebabkan hati kita yang lalai kan~


Jom kita tengok plak apa pengajaran daripada hadis di atas :

Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.

Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi,demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.

Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.

Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

22 comments:

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

moga kita sama2 terpelihara dr benda y haram..amin..

tanx 4 share,,

wahh!! byk tu nak hafal!! tahniah lo babe! t bole ajar sy...=0

Bidadari Syurga said...

tadi kita baru tgk hadis pasal mknan yg haram/halal dan waswas... huurmmm... 1 lagi ilmu yang tahu disegarkan kembali... mekasih... semoga ada rakan2 yg akan ingatkan saya kalau esok saya leka berseronok

mommylavender said...

salam anis~ betul tu, cara bertudung pun kebanyakan nya pun dah menyimpang, semoga iman kita terpelihara selalu...

Eda Latiff said...

TQ sharing...=)

Rina Rossoneri said...

kadang2 tu byk benda yg rasa was2 betul ke xbetul ke...tp itulah kalau was2 baik jgn buat kan...

aNiS aNiSa said...

@siti nur fatimah : most welcome..amin2..moga terhindar sgalanya...byk sgt kak..tp skrg xigt sgt sob2..syg kan?=)

@cik bidadari: insyaallah..sama2 igtkan kan..smoga kita tak terus leka dgn arus dunia =)

@momy : wsalam,,amin..smoga terpelihara =)

@eda: most welcome =)

YATZAKIE said...

assalam..saya jenguk sini...


thanks share ya!!!

azi nur said...

semoga dijauh kan hati, jiwa dari melakukan perkara haram....

aNiS aNiSa said...

@rina: lbey baik elakkan sbb benda tu was2 kan?=)

@yatzakie: wsalam..thanks ya sudi jenguk..sama2 share ilmu =)

@azi: amin =)

rafina mimi abdullah said...

setuju dgn mommy lavender.. :)

ch!natsu said...

thanks darl 4 sharing..
perkara2 syubhat nie sbnrnya byk..
hope sma2 kita dpt hindarkan..
insyaAllah..~

KUREKURE COMEL said...

mmg betul la....paling baik masak sndiri kat rumah...


bila dah jd darah daging...tu yg jd gelap hati kan...kan....



dulu kena hafal hadis jgk...hehehe...
dpt pulak dlm bhs arab...adoii...

Arm_mj said...

alhamdulillah..thanks for sharing...tahu..tp as a human salu pon terlupa ato buat2 lupa (T_T)

nurkass said...

salam ziarah..
kunjungan balas n folo..
nice n3..thanks for sharing..

gadisBunga™ said...

sebab tu kite kene hidu berlandaskan alQuran dan sunnah supaya tak main langgarrr je, kan?

EmbunRosaliza said...

assalam anisss..bersama2 lah kita jadikan renungan n panduan

Tuan Cimot said...

tulah..skrg byk gak bnde2 syubhat ni..mudh2an kita trpelihara drinya..

shameel Iskandar said...

Salam alaik.

Trima kasih atas info yg bermanfaat.

Yang samar(syubhah) itulah amat dibimbangi. Ia sukar dikenali,dan jarang dipeduli, lagi-lagi dlm kehidupan era kspaitalis ini.

shameel Iskandar said...

Salam alaik.

Trima kasih atas info yg bermanfaat.

Yang samar(syubhah) itulah amat dibimbangi. Ia sukar dikenali,dan jarang dipeduli, lagi-lagi dlm kehidupan era kspaitalis ini.

zati embong said...

jat selalu ikut apa hati rasa.kena jaga hati elok2 nih.hihi

iem said...

time kasih saling mengingati..

emarieys said...

entry yg berguna...