BeNgAnG TaK??hihi =)

u click me,,i click u!!

Monday 18 April 2011

Doa Agar Dipermudahkan Segala Urusan~

Assalamualikum…

Dah berhari2 blog ni usang,,maaf ya kawan2..bukan xnak update..tapi disebabkan tuntutan dan tanggungjawab utk belajar lagi penting,,jadi haruslah saya mengutamakan pelajaran lagi kan..huu



Mgkin lepas ni akan jarang nk update n BW blog korg kan..maaf ya...*sdey3 huhu..tp xpa..psni akn tbus blek hehe…lgpn minggu depan da nk exam da…mohon doa kawan2 ya agar dipermudahkan segalanya dan xmlas2 nk stdy huuu..sem ni suma subject agak berat ya..jadi ia mmerlukan lebih perhatian dr sy..cewah!!


Dan utk kawan2 yang akan melalui exam seperti sy..sy ucapkan smoga Berjaya dan yang da abes exam tu jaga diri..jangan nakal2 sgt bila da ‘merdeka’ ehehe..



Sempena musim pperiksaan nii sy nk syer dengan korg suma satu doa..doa ni adalah utk mmudahkan lg utk kita faham dan mudah hafal..tak kisahlah sbjek apapn..smua sbjek kena hafal kan??smoga sama2 dapat manfaat =)
DOA MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”
Dan juga doa ni..ssuai diamalkan utk smua peringkat umur..doa untuk mmudahkan segala urusan..lagipun setiap orang punya urusan kan dalam hidup…tak dapat tidak,,haruslah untuk mmenuhi segala urusan yang dirancangkan tu kan?jadi utk mmperoleh kberkatan dalam setiap urusan jom kita sama2 amlkan doa ini sbg pnduan dalam hidup..=)

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:











*sila klik utk tumbesaran yg sihat ya =)

Friday 15 April 2011

Contest Tabik Sama Kamu!!

Assalamualaikum…

Kali ni saya nk sertai satu contest daripada akak mina...
first time ni join contest..harap2nya ada rzeki lah kan hehe

Sapa wanita yang paling di sanjungi??kalau korg sapa??kalau aku kan..smestinya mama!!!syg sgt kt mama...
Sebenarnya dulu kecik2 kan..aku ni nakal n cerdas sangat..melompat dari satu meja ke meja yang lain,,dari kerusi ke kerusi..cmna tau??pdhal bkannya igt pn kan..sbbnya bila time raya atau ada majlis apa2..akan terjumpak la kawan2 mama..macam biasa kan akan salam la..pastu tau tak apa yang diorang cakap??
Kwn mama : “la…dah bsaq rupanya anak che nah ni,,yang ni la time kcik2 dlu dok lompat atas meja ni kan”
Aku : pergh!! Aku tersipu2 malu smbey tersenyum2..tebai gila muka time tu sob3..
ada kata cmtu..skrang ni mana la ada dk lompat atas meja g dah..nak lompat2 pn dlm blik ja hehe..tp my mum sbar ja mlyan krenah anak dy yang paling nakal ni..
lepas tu dah besar n terus besar la kan..aku ni ley kategorikan anak yang paling nakal la jugak..sbb byk buat msaalah hehe..
dulu2 time f3 dduk umah sewa tau awal tahun..pastu nk g skola macam jauh skit kan..*pdhal dkat ja..mintak la kt mama nk satu bnda ni..
aku : “mama,,nak beskal..susah la p skolah xdak beskal huhu”
mama: mintak la kt abah,,mama bukan keja pn
aku : ala mama,,mama bgtau la kt abah huhu,,
pastu mama senyum ja,,dua tiga hari lepas tu,,abah ajk p kdai beskal nk beli beskal..suka gila!!pastu p skola hari2 nek beskal..hehe..
bila dk umah sewa kan,,aku kerap ponteng skola..demam la..sakit perut la,,buat2 belaka huhu..last2 cikgu kelas kol my mum soh bwk balik aku kt umah..pastu mama dgn abah pn terus p umah sewa n pindahkan suma brg blek umah dlm tmpoh 24 jam tnpa notis..sdey kan..huhu
tapi mama tetap sabaq..bila balik umah kan..mama tnya baik2..napa buat cmtu??aku diam ja..time tu hati rasa keras sangat..sian mama..bila nk dkat pmr..aku xstdy pn..main2 jugak..bila kluaq result tau aku dapat bapa?? 1A ja..
balik dari amek result tu..aku naik atas..nangis puas2..pastu mama paggil turun..mama cakap baik2..masa tu aku dgn mama ja kt umah..mama tnya apa lagi yang xckup??apa lagi yang xkena??
Gila punya sdey time tu..aku menangis2 smbey gtau la apa yang xpuas hati..mama pn nangis sama..pastu mama nsihat..xpa lepas ni usaha lagi..kita tu bukannya xpndai..tp malas..mama cakap,,buktikan kat mama ngan abah yang aku boleh..
bila keluaq result pmr,,rmai la yang kol mama n abah tnya psai result aku,,tp dapat  1A ja..malu kan??aku ley byg prasaan mama n abh time tu..
masa masuk tingkatan 4 tu,,aku terus tekad..nak stdy betul2..xnak main2 dah..nk blas kjayaan mama n abah..aku slalu bgun pagi utk study..
hasilnya??alhamdulillah..masa ting 4 aku dapat no 2 dlm kelas n SPM aku dapat 7A..sekarang aku dah Berjaya jejakkan kaki ke menara gading..bukannya xpndai kan??kira malas ja lah kan3 hehe..*prasannya!!ops hehe
masa tu..aku tau mama dgn abah la org yang paling gembira..aku tersnyum puas sbb dapat banggakan mama n abah time tu..tapi aku ada banyak benda lagi nak buat utk gembirakan mereka lagi!! =’=
stiap kali kalau ada msaalah kan..mama pasti akan dgaq dan bg nasihat..klu aku buat prngai pn..mama xpnah marah terok2..dy akan cakap n nasihat baik2..pastu aku ngis..kalau mama xsuka apa2..mama akan mesej..walaupun kami dduk serumah..aku kt ats n mama kt bawah..bila mesej ni snang ckit nak luahkan segalanya kan??
Sampai sekrang pon kalau ada masaalah,,org first yang aku akan crik adalah mama!!kalau dapat pointer rendah pn..mama xpernah marah..mama akn nasihat dan terus nasihat..
Kalau aku degil xdengar cakap mama,,abes kuat mama akan diam…merajuk xnak ckap dengan aku..huhu..aku pn pjuk la mama hehe
Tapi bila pkir2 balik sekarang ni apa yg dah aku buat kat mama dlu..aku mesti sdey..xsptotnya aku tak patot buat pekara2 yang menyakitkan hati mama..kan bgus kalau aku sdar pkra ni dari dlu lagi..hurmm =((
Sbb tu lah mama wanita yang paling aku sanjungi sebab mama sangat sabar melayan kerenah aku..walaupun kdg2 hati mama tercalar dengan sikap aku..tapi mama xptus2 berdoa utk aku setiap kali usai solatnya..
Smoga aku dapat menjadi wanita yang sabar dan baik seperti mama utk anak2 aku nnt..amin..=)


Saya sayang mama sy!!ramai org cakap muka aku cm mama,,
tapi sayang..kulit xsama..gen abah kuat..tu gelap cket keh3



Ni ada satu video yang aku nak kongsi..bila aku tgk video ni kan..rasa sdey sangat..moga2 mak n ayah kita akan bhgia di dunia dan akhirat..jom sama2 kita hayati video ini…=)



Apa yang diidam2kan ek??erm,,sangat mengimpikan dapat menjadi anak yg solehah,,hamba yg bertaqwa dan beroleh keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat..mengimpikan juga suami yang soleh yang dapat membimbing diri ini dan anak2 yang soleh dan solehah yang bakal menjadi penyeri hidup ini kelak..amin =)


Sebelum abes entry ni..aku nk share satu hadis dan ptongan ayat quran tentang wajibnya mentaati ibu..moga sama2 amek manfaat ya =)


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

 Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”Baginda menjawab: “Ibu kamu.”Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ibu kamu.”Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya.Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
 [Luqman 31:14]

Saturday 9 April 2011

Pahala Yang Berterusan~

Assalamualaikum…

Dah lama rasa xupdate entry..*cewah!padahal baru sehari =p,,makin lama tinggal makin rindu la plak hehe..maaf ya xdpt nk lawat korg punya blog sgt..sbb bz..coz ada test n da nk dekat minggu study week da sob3…

Entry kali ni saya nak kongsi satu hadis tentang amalan yang akan berkekakalan walaupun kita dah mati besok2..



Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila telah matinya anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga perkara:

1) Sedekah jariah
2) Ilmu yang berguna dan di amalkan
3) Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.

Bila tengok dari hadis ni kan,,agak2 kita mampu  tak ada 3 perkara ni sebelum mati??besok2 kalau kita kena seksa kt kubur sapa yang nak tolong kita kalau tak dengan amalan2 yang berterusan ni kan..



Bertuahlah ibu bapa yang mempunyai anak soleh yang mendoakannya,,mmpukah kita menjadi anak yang soleh dan solehah yang selalu mendoakan ayah dan emak kita??mampukah kita mendapat anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kita bila kita di dalam kubur nanti??

Tepuk dada Tanya iman,,kalau xmmpu..ayuh kita sama2  usaha dari sekarang,,mana mungkin kita nk mngimpikan anak yang soleh dan solehah tapi kita sendiri tak mampu menjadi anak yang soleh dan solehah pada mak ayah kita kan??=’=


Dari Anas r.a berkata bahawa terdapat 7 macam pahala yang akan diterima oleh seseorang itu selepas dia mati.

Tujuh perkara tersebut ialah:

1) Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.

3) Sesiapa yang menulis mushaf (al-Quran) atau kitab, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya,

4) Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.

5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibu bapanya itu. Jika anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.



Hadis yang kedua ni pula menerangkan hadis yang pertama kt atas tu..sedekah jariah yang macam mana akan berkekalan dan ilmu yang macam mana yang akan berkekalan pabila kita di kubur nant..

Smoga sy dan korang smua dapat manfaat daripada entry kali ini dan akan berusaha untuk melakukan amalan yang akan meneruskan pahala kita walaupun kita dah mati besok2 kan.amin=)

Thursday 7 April 2011

Mengemis Kasih~

Assalamualaikum suma…
First of all, nk ucap tima kasih kat kwn2 sbb sudi bg kata prgsang n smngat di kala diri ini kesedihan..nway dah happy da.. =)
Entry kali ni saya nk kongsi satu nasyid yang memang saya sangat2 suka..walaupun nasyid ni da lama sebenarnya..tapi bila dengar sorg2..sayu rasa..smpai kadang2 termenangis sorang2…
Bila hayati bait kata2 lirik ni..hati jadi sedih sayu,,smuanya bercmpur baur…xjemu tau walaupun didengar berulang-ulang kali..xcaya??jom kita dengaq hehe





Mengemis kasih
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosa ku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Best x??sdey kan,,bila pkir2 balik..diri ini hamba yang hina yang sentiasa melakukan kesalahan dan xlari dr dosa..dengan nasyid ni kita dapat muhasabah diri..banyaknya dosa yang dah dilakukan..
Tapi Allah tetap mengampunkan kesilapan hambanya…sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Semoga kita semua akan dapat pengampunan dari Allah dan semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat illahi..amin..harap korg suka ya dgar nsyid ni =)

Tuesday 5 April 2011

Hati Seorang Wanita~




Andainya lelaki tahu..dlm hati seorang perempuan,
Ada naluri utk disayangi
Ada rasa utk diberi perhatian
Ada rasa utk didengari keluh kesahnya
Ada waktu2 minta ditemani kesedihannya….

Andainya lelaki  tahu rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang prempuan ingin dikongsi…..

Andainya lelaki tahu disebalik seribu satu rasa itu ada sekeping hati nan lembut
Bukan utk dimanjai bukan jua utk ditatangi bagai minyak yg penuh
Hnya perlu sdikt prhatian agar rasa kasih itu terasa wujud walau disaat jauh

Kerana andai lelaki tahu hati ini akn sntiasa brtnya pd dri sorg perempuan
Wjudkah cinta itu dihati lelaki??
bila disaat jauh tnpa prkhabaran lagi..

Sayangilah sseorang itu ats dsar siapa drinya skrg,,
bkn ats dasar siapa drinya sbelum ini
Cintailah sseorang itu kerana hatinya
Bukan paras rupa semata

Andai ‘si lelaki itu’ tahu semua ini,,
Aku xmngimpikan dilayan bagai seorang puteri,,
Cukuplah perhatian darinya mmbuat ku menanti,,

Andai ‘si lelaki itu’ tahu,
Pergaduhan tika dini hari membuatku terlalu emosi,
Keegoaan mencetuskan kesedihan dalam diri
Menggamit memori luka dalam hati



Perlukah di ungkit kisah lalu?
Perlukah diungkit benda yang dah lama berlalu??
Perlukah diungkit segala2nya yang dulu??

Sungguh!!aku terlalu kecewa
Terlalu sedih dengan  apa yang berlaku..
Ku harungi kisah ini dengan air mata
Walaupun kdg2 menggamit bahagia antara kita.

Sungguh!!aku terlalu rindu kan hubungan yang dulu,,
Segala2nya yang dulu..
Mungkinkah itu berlaku..

Ku harapkan hubungan ini berpanjangan hingga ke syurga
Ku harapkan kematangan dalam diri kita
Ku pasrahkan segalanya
Kerna ku tahu,,kita mahukan bhgia..
Bahagia antara kita akan menjelma..

Maaf ya kawan2…
Dalam mood jiwang dan tidak tenteram
Moga2 apa yang berlaku dijadikan pengajaran
Semoga dipermudahkan segala urusan..
Dalam menongkah arus kehidupan dan cabaran..



Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”

"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya. Maka pilihlah agamanya..."

Monday 4 April 2011

Kawen Sebelum atau Selepas Belajar???

Asalamualaikum…

Bercakap soal jodoh ni kawan2 rasa nak kwen bila ya??ni utk yang blum kwen la..
Kawen lepas study atau sblum stdy lebih baik??kdg2 kan suka berangan sorg2..sbnarnya sy lbey suka kwen time study..sbb bley dpt skongan moral dr my future husband,,,*gatal x??=p
Sbenarnya nak syer dkat kwn2 suma ttg satu artikel ni tentang jodoh..
Jom sama2 kita hayati…

Dengan nama Allah yang menciptakan manusia itu secara berpasang-pasangan.
Selawat dan doa dipanjatkan buat Muhammad bin Abdullah insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis-hadisnya.
Bergelar sebagai pelajar tahun akhir ini, ada 1 soalan yang sering kali diterjah pada saya.
Bila nak kahwin?
Kalau ada yang lamar itu , kahwin je lah. Tak payah tunggu sampai habis belajar.
Bercakap untuk berkahwin memang mudah tapi adakah diri sudah benar-benar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.
Untuk syabab , bersediakah untuk menjaga amanah yang Allah berikan? Untuk akhwat , bersediakah untuk menyenangkan hati suami?
Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan sesuatu.
Isu perkahwinan sentiasa mendapat tempat dalam list cerita-cerita untuk dibualkan oleh para pelajar. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita.
Teringatkan saya reaksi teman-teman yang pelbagai apabila isu ini dibincangkan. Memang fitrah insan normal begitu saya kira, semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati-hati agar tidak termasuk ke kawasan larangan yang tidak sepatutnya.
Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan-angan lebih jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi yang benar-benar bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu muslim yang menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi.
Jika kalian menyingkap kisah isteri Imran yang disebut di dalam Al-Quran, itulah contoh isteri dan ibu yang terbaik dari Al-Quran. Semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran itu wajar dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman.
Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.
"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui"
Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan" Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk"
Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sangat suci sengaja diceritakan di dalam al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar-benar menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya.
Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah payah mengandungkan anaknya ke hulu hilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya kelak berbakti kepada dirinya sekurang-kurangnya.
Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar-benar hebat dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.
Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.
Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?
Wahai teman-teman [untuk diri sendiri khasnya] sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi
Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurangkurangnya 30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu tajwid untuk diajarkan kepada anak-anak nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.
Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?
Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.
"Ya Allah, kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata"



Pra Perkahwinan
Buat teman-teman, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman-teman serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab yang asli.
Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman-teman walau sepenat mana kita.
Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita teman-teman dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.
Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman-teman.
Dan latihlah diri dengan macam-macam lagi.
Untuk syabab, sekiranya kalian telah benar-benar mampu dan bersedia, bernikahlah. Pilihlah jodoh yang terbaik yang diberikan Allah untuk kalian. Terima seadanya. Utamakan diri kalian dalam soal memilih jodoh yang terbaik.
Untuk akhwat sekalian, dan sekiranya telah sampai masanya , kalian dilamar, dan telah dibukakan laluannya untuk kalian bernikah, silalah bernikah.  Allah sentiasa bersamamu.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Dan semoga teman-teman akan memperoleh teman untuk ke syurga yang terbaik untuk kalian.
"Dari Allah, Kepada Allah"
Sumber : iluvislam.com


Lepas baca artikel ni kan.,,saya terus terdiam n terfikir..muhasabah diri sketika..sbb tu aku xkwen2 lg kan??huhu
Xbersedia n xckup lagi ilmu untuk melayari alam rumahtangga..jom kita sama2 tambah ilmu..moga2 dpat kwen awai *haha..lawak ja…
Ilmu ni kna carik,,pasai ilmu rumahtangga ni da kwen ka,,blum kwen ka akan kwen ka suma kita kna tau kan…persiapkan diri untuk membina keluarga dan rumahtannga sakinah dan bahagia.
smoga kita akan bisa menjadi ibu dan ayah yang terbaik untuk bakal anak2 kita nant..amin~
Saya nk kongsi satu doa untuk mohon jodoh, zuriat dan kturunan yang soleh dan solehah..
Jom sama2 amalkan..moga2 keluarga kita slpas ini akan dipelihara dan mendapat keturunan yang baik..amin =)
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Ertinya: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik." (Al-Anbiyai': 89).

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء

Ertinya: "Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.". (Ali 'Imran: 38).
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ 
وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Ertinya :“Ya Tuhan kami, anugerahlakanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami, sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. (surah al-Furqan, ayat 74)