BeNgAnG TaK??hihi =)

u click me,,i click u!!

Saturday, 9 April 2011

Pahala Yang Berterusan~

Assalamualaikum…

Dah lama rasa xupdate entry..*cewah!padahal baru sehari =p,,makin lama tinggal makin rindu la plak hehe..maaf ya xdpt nk lawat korg punya blog sgt..sbb bz..coz ada test n da nk dekat minggu study week da sob3…

Entry kali ni saya nak kongsi satu hadis tentang amalan yang akan berkekakalan walaupun kita dah mati besok2..



Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila telah matinya anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga perkara:

1) Sedekah jariah
2) Ilmu yang berguna dan di amalkan
3) Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.

Bila tengok dari hadis ni kan,,agak2 kita mampu  tak ada 3 perkara ni sebelum mati??besok2 kalau kita kena seksa kt kubur sapa yang nak tolong kita kalau tak dengan amalan2 yang berterusan ni kan..



Bertuahlah ibu bapa yang mempunyai anak soleh yang mendoakannya,,mmpukah kita menjadi anak yang soleh dan solehah yang selalu mendoakan ayah dan emak kita??mampukah kita mendapat anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kita bila kita di dalam kubur nanti??

Tepuk dada Tanya iman,,kalau xmmpu..ayuh kita sama2  usaha dari sekarang,,mana mungkin kita nk mngimpikan anak yang soleh dan solehah tapi kita sendiri tak mampu menjadi anak yang soleh dan solehah pada mak ayah kita kan??=’=


Dari Anas r.a berkata bahawa terdapat 7 macam pahala yang akan diterima oleh seseorang itu selepas dia mati.

Tujuh perkara tersebut ialah:

1) Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.

3) Sesiapa yang menulis mushaf (al-Quran) atau kitab, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya,

4) Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.

5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibu bapanya itu. Jika anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.



Hadis yang kedua ni pula menerangkan hadis yang pertama kt atas tu..sedekah jariah yang macam mana akan berkekalan dan ilmu yang macam mana yang akan berkekalan pabila kita di kubur nant..

Smoga sy dan korang smua dapat manfaat daripada entry kali ini dan akan berusaha untuk melakukan amalan yang akan meneruskan pahala kita walaupun kita dah mati besok2 kan.amin=)

30 comments:

sicomot-comel said...

anak yang soleh solehah...
huhuhu..
adekah diri ini tergolong dlm kalangan ituuuu

KUREKURE COMEL said...

betul la...sbb tu arwah mak suruh tanam pokok byk2...lpastu halal kan apa yg org amik...


pahala berterusan kan....

~Nabilah~ said...

dpt menginsafkn dri nie...huhuhu

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

6 paling mudah dilaksanakan ..=)

tapi x semua org buat woo..

tq 4 sharing dear..

Cik Bidadari said...

tul cakap FA tu... opah akakpun selalu pesan benda yang lebih kurang sama cam nie... bila dia takda... semuanya tetiba ingat... pasal rindu pada pesanan dia yang akak pernah abaikan

Nonie said...

tq anis...byk bnda ynonie dpt dr entry2 anis ni...

btw..sorry lma xjejak cni tau.siaht?

Miss Tira said...

Bertapa pentingnya mempunyai dan menjadi anak yang soleh. Semoga Tira akan menjadi anak yang baik dan mempunyai anak yang baik. InsyaAllah.

mrs.sabri said...

insyaallah semua pakej yang di sebut di ats pasti kita perolehi bila 'di sana' kelak :)

zati embong said...

itulah,walaupun xde duit berkepuk2,sedekah dgn ikhlas da cukup O.o

Ai Ni.. said...

banyak je kan amalan yg pahala akan berkekalan..tp manusia tak nmpk sangat bende tu,,,nape entah??huhu

nelly said...

Kutip pahala selagi boleh ^^

Mohamadazhan hjDesa said...

salam

menulis blog merupakan salah satu ilmu yang bermanafaat apabila kita sudah tiada

maka berblog lah dengan manfaat =)

bunga said...

anak yang soleh..emm..emm.nak kena kawin dulu la ni..hehe..

SiS NaD said...

NiCe eNTRy DeaR!~ TWuSKaN MHaSiLKaN eNTRieS YaNG B'iLMiaH K... (^_____^)V

NOOR FATIN said...

jgn sia2kan masa yg ada skrg ni..

niesz said...

moga kite ade bekalan yg cukup d akhirat nnti.. :)

ieda said...

buat mana yg penting dulu dik .. study goes 1st :)

suke ngan info2 nie .. thanx dear ..

Surie said...

Smoga 3 amalan tu dapat membantu kita di sana nanti..InsyaAllah

MamaEma said...

bila jumpa peminta sedekah yang betul...selalu bagi duit kat anak... suruh anak kasi sendiri...

nabilah_2908 said...

tangan yg memberi itu lebih baik daripad ayg menerima kan..? :)

sama2 lah kita berusaha...memperbaiki diri..moga kita pun mampu memperolehi ketiga2 amal tu nnti.. ;)


jom ke APA KATA HATI pulak ;
PULUT PANGGANG

Qaseh dalia adelia said...

tq dear share hadis2 ni..

bila blog bercerita said...

nice sharing lah kwn.....
cpt2......!!rebot phale slagi msih bnyawe...

puteri ain said...

nice entry..amin :)

CIK GADIS said...

entry yg menginsafkn dri..thnk 4 sharing. =))

LATEST :
SATANG SEMUDAH 1 2 3

shameel Iskandar said...

salam alaik.

Ilmu yg dimanfaatkan juga menjanjikan pahala berterusan. tentu ramai yg beranggapan hanyalah para ulama dan pendidik spt guru sahaja yg mampu memperolehi pahala sebegini. Tapi Nabi SAW bersabda " sampaikan dariku walaupun satu ayat" dan dlm hadis lain Nabi SAW " agama itu nasihat"

Jadi para blogger juga boleh menyumbangkan ilmu yg bermanfaat sekiranya apa yg ditulis itu merupakan perkara yg baik yg dpt dikongsi bersama, apatah lagi dpt mengajak manusia ke jalan Tuhan.

Cik Bidadari said...

kita datang lagi baca entry nie... supaya tak lupa mana2 yg kita terlupa...

TiKa LEh said...

stuju..byk sebnrnya yg kt boleh buat kan untuk dpt pahala..

RaraTan said...

info yg bermanfaat. buleh amal sentiasa ni. hee :)

gadisBunga said...

jom kita buat sesuatu untuk bekalan akhirat!

nelly said...

nice info ! !