BeNgAnG TaK??hihi =)

u click me,,i click u!!

Tuesday 5 April 2011

Hati Seorang Wanita~




Andainya lelaki tahu..dlm hati seorang perempuan,
Ada naluri utk disayangi
Ada rasa utk diberi perhatian
Ada rasa utk didengari keluh kesahnya
Ada waktu2 minta ditemani kesedihannya….

Andainya lelaki  tahu rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang prempuan ingin dikongsi…..

Andainya lelaki tahu disebalik seribu satu rasa itu ada sekeping hati nan lembut
Bukan utk dimanjai bukan jua utk ditatangi bagai minyak yg penuh
Hnya perlu sdikt prhatian agar rasa kasih itu terasa wujud walau disaat jauh

Kerana andai lelaki tahu hati ini akn sntiasa brtnya pd dri sorg perempuan
Wjudkah cinta itu dihati lelaki??
bila disaat jauh tnpa prkhabaran lagi..

Sayangilah sseorang itu ats dsar siapa drinya skrg,,
bkn ats dasar siapa drinya sbelum ini
Cintailah sseorang itu kerana hatinya
Bukan paras rupa semata

Andai ‘si lelaki itu’ tahu semua ini,,
Aku xmngimpikan dilayan bagai seorang puteri,,
Cukuplah perhatian darinya mmbuat ku menanti,,

Andai ‘si lelaki itu’ tahu,
Pergaduhan tika dini hari membuatku terlalu emosi,
Keegoaan mencetuskan kesedihan dalam diri
Menggamit memori luka dalam hati



Perlukah di ungkit kisah lalu?
Perlukah diungkit benda yang dah lama berlalu??
Perlukah diungkit segala2nya yang dulu??

Sungguh!!aku terlalu kecewa
Terlalu sedih dengan  apa yang berlaku..
Ku harungi kisah ini dengan air mata
Walaupun kdg2 menggamit bahagia antara kita.

Sungguh!!aku terlalu rindu kan hubungan yang dulu,,
Segala2nya yang dulu..
Mungkinkah itu berlaku..

Ku harapkan hubungan ini berpanjangan hingga ke syurga
Ku harapkan kematangan dalam diri kita
Ku pasrahkan segalanya
Kerna ku tahu,,kita mahukan bhgia..
Bahagia antara kita akan menjelma..

Maaf ya kawan2…
Dalam mood jiwang dan tidak tenteram
Moga2 apa yang berlaku dijadikan pengajaran
Semoga dipermudahkan segala urusan..
Dalam menongkah arus kehidupan dan cabaran..



Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”

"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya. Maka pilihlah agamanya..."

26 comments:

KUREKURE COMEL said...

knp akak rasa sedih ye...
akak suka ayat yg akhir tu...

bukan semua yg anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan...


betul...hope nisa lbh tenteram..

Anonymous said...

oloh,,,cdey...
huhuhu..T_T
benarlah bukan hanya aku..

kindergartenlibrary said...

sedihnya Nelly baca ni ~

Mohamadazhan.com said...

salam

sedihnya....moga diri ini dapat menjadi insan yang terbaik disampingnya =)

h4ni3 said...

insyaAllah
bahagia sedang menanti dihujung sana =))

Unknown said...

"Adakalanya kt perlu Menangis,agr kt tahu hidup ini bkn sekadar Ketawa, Adakalanya kt perlu Ketawa,agar kt tahu mahalnya nilai Air Mata.
bersyukur pd org yg Menyakitimu kerana dia yg Menabahknmu.
Bersyukur pd org yg tak Mengendahknmu kerana dia yg Memupukmu Berdikari. Bersyukur pd org yg Menjatuhknmu krn dia yg Memperhebatkn kemmpuanm...u. Bersyukur pd org yg Menyiksamu kerana dia yg menguji Kesabarn& Ketabahanmu."

bertabahlah sahabat...Allah Maha Adil...ingat selalu.. :)

zati embong said...

nisa patut bg ayat2 ni pada dia.msg dia tau.jat tahu,hati dia akan terusik bla baca kata-kata nisa.

Imran nyambek said...

taching

aNiS aNiSa said...

*tima kseh kwn2 atas komen yang sgt bermakna..doakan ya =)

@cik jari : sentap dgn ayat cik jari..thanks sgt..hati da mula tenang =)

@zatie embong : thanks ya jat..dy da bca tu kt atas hehe =)

Unknown said...

semoga tabah dan sabar menghadapi segala dugaan dan cabaran dlm kehidupan ini...:)

Anonymous said...

bAHAGia dan derita saling melengkapi sobs sobs sobs..

Eda Latiff said...

touchingnye...sabar yea..

Cik TeN10 said...

dlm stp perhubungan itu pasti ada pasang surutnya.. you have to be strong dear.. mmg pedih tp pergaduhan, pertelingkahan itu sebenarnya menguatkan lg hubungan itu.. melainkan tiada jodoh antara dia dan kamu.. haruslah terima dgn rela hati.. ape2 pn selesaikan dgn cra yg terbaik..

♥ AyaHikari ♥ said...

kdg kala hidup lebih menarik dgn adenya sedikit cabaran dn dugaan. =)

lady-D said...

huhu..sedihnya..nape ni?hope dpt settle prob ni cpt2 ya..

ieda said...

alor2 .. awat nie dikk :))

hati wanita nie memang halus dan mudah tersentuh .. dan kerana itu kita terlalu istimewa kan kan kan :))

Eyka said...

nice entry...mecasih pasal semalam tau awak..:)

Qaseh Dalia said...

tapi adakah mereka tahu ?hurmmm

bila blog bercerita said...

andainye lelaki itu tau.....
hermmm......tp npe pyh sgt mreke nak tau eyk...??
kew sngaje wat2 xtau.....
atau mmg xnak tau lgsong....??
hmmm~~~~~

Surie said...

Nisa ok tk ni? Lelaki dan perempuan diciptakan oleh Allah memang berbeza..emm..

berdoalah..surie yakin smoga 1 hari nti bahagia itu akan hadir juga, InsyaAllah.. SMile =)

Noor Fatin said...

kesal dgn lelaki yg xmenghargai wanita..huhuhu..

Anonymous said...

la tahzan....
bersabarlah :)

cik azeya said...

:(

iem said...

sabar erk nisa,,,
bahagia 2 pasti akan menjelma...
iema pun sdey sebab still xleh lupakan ex iema...

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Sedih, biar sedih terus.. Keluarkan semuanya.. Lepas dah sedih, kita pasti akan senyum semula. I'm always like that. Chaiyok anis anisa!! :)

Miyuki Nanase said...

Semoga lelaki2 tahu mengucapkan maaf dn dpt menghargai pengorbanan wanita2....