BeNgAnG TaK??hihi =)

u click me,,i click u!!

Monday 4 April 2011

Kawen Sebelum atau Selepas Belajar???

Asalamualaikum…

Bercakap soal jodoh ni kawan2 rasa nak kwen bila ya??ni utk yang blum kwen la..
Kawen lepas study atau sblum stdy lebih baik??kdg2 kan suka berangan sorg2..sbnarnya sy lbey suka kwen time study..sbb bley dpt skongan moral dr my future husband,,,*gatal x??=p
Sbenarnya nak syer dkat kwn2 suma ttg satu artikel ni tentang jodoh..
Jom sama2 kita hayati…

Dengan nama Allah yang menciptakan manusia itu secara berpasang-pasangan.
Selawat dan doa dipanjatkan buat Muhammad bin Abdullah insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis-hadisnya.
Bergelar sebagai pelajar tahun akhir ini, ada 1 soalan yang sering kali diterjah pada saya.
Bila nak kahwin?
Kalau ada yang lamar itu , kahwin je lah. Tak payah tunggu sampai habis belajar.
Bercakap untuk berkahwin memang mudah tapi adakah diri sudah benar-benar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.
Untuk syabab , bersediakah untuk menjaga amanah yang Allah berikan? Untuk akhwat , bersediakah untuk menyenangkan hati suami?
Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan sesuatu.
Isu perkahwinan sentiasa mendapat tempat dalam list cerita-cerita untuk dibualkan oleh para pelajar. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita.
Teringatkan saya reaksi teman-teman yang pelbagai apabila isu ini dibincangkan. Memang fitrah insan normal begitu saya kira, semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati-hati agar tidak termasuk ke kawasan larangan yang tidak sepatutnya.
Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan-angan lebih jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi yang benar-benar bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu muslim yang menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi.
Jika kalian menyingkap kisah isteri Imran yang disebut di dalam Al-Quran, itulah contoh isteri dan ibu yang terbaik dari Al-Quran. Semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran itu wajar dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman.
Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.
"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui"
Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan" Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk"
Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sangat suci sengaja diceritakan di dalam al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar-benar menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya.
Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah payah mengandungkan anaknya ke hulu hilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya kelak berbakti kepada dirinya sekurang-kurangnya.
Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar-benar hebat dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.
Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.
Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?
Wahai teman-teman [untuk diri sendiri khasnya] sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi
Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurangkurangnya 30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu tajwid untuk diajarkan kepada anak-anak nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.
Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?
Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.
"Ya Allah, kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata"



Pra Perkahwinan
Buat teman-teman, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman-teman serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab yang asli.
Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman-teman walau sepenat mana kita.
Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita teman-teman dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.
Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman-teman.
Dan latihlah diri dengan macam-macam lagi.
Untuk syabab, sekiranya kalian telah benar-benar mampu dan bersedia, bernikahlah. Pilihlah jodoh yang terbaik yang diberikan Allah untuk kalian. Terima seadanya. Utamakan diri kalian dalam soal memilih jodoh yang terbaik.
Untuk akhwat sekalian, dan sekiranya telah sampai masanya , kalian dilamar, dan telah dibukakan laluannya untuk kalian bernikah, silalah bernikah.  Allah sentiasa bersamamu.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Dan semoga teman-teman akan memperoleh teman untuk ke syurga yang terbaik untuk kalian.
"Dari Allah, Kepada Allah"
Sumber : iluvislam.com


Lepas baca artikel ni kan.,,saya terus terdiam n terfikir..muhasabah diri sketika..sbb tu aku xkwen2 lg kan??huhu
Xbersedia n xckup lagi ilmu untuk melayari alam rumahtangga..jom kita sama2 tambah ilmu..moga2 dpat kwen awai *haha..lawak ja…
Ilmu ni kna carik,,pasai ilmu rumahtangga ni da kwen ka,,blum kwen ka akan kwen ka suma kita kna tau kan…persiapkan diri untuk membina keluarga dan rumahtannga sakinah dan bahagia.
smoga kita akan bisa menjadi ibu dan ayah yang terbaik untuk bakal anak2 kita nant..amin~
Saya nk kongsi satu doa untuk mohon jodoh, zuriat dan kturunan yang soleh dan solehah..
Jom sama2 amalkan..moga2 keluarga kita slpas ini akan dipelihara dan mendapat keturunan yang baik..amin =)
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Ertinya: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik." (Al-Anbiyai': 89).

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء

Ertinya: "Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.". (Ali 'Imran: 38).
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ 
وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Ertinya :“Ya Tuhan kami, anugerahlakanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami, sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. (surah al-Furqan, ayat 74)

19 comments:

KUREKURE COMEL said...

wahhh.....akak kawen awal...hehehe...
akak tak mampu nak jd ibu yg baik...
tp akak akan cuba....



akak nak zuriat yg comel....
insyaallah...akak akan amalkan doa tu....




teringin sgt nak anak...huhuhu...

Mohamadazhan.com said...
This comment has been removed by the author.
Mohamadazhan.com said...

semoga menjadi isteri yang solehah dan ibu yang penyanyang kepada anak2 suatu hari nanti :)

Mohamadazhan.com said...

jga diri baik2 ya, moga ditemukan dengan insan yang soleh dan berguna :)

iem said...

mina>> insyaAllah nanti akan ad rezeki mina nak anak... sabar k (^_^)

kawen memang nampak best tp banyak tnggungjawab nak kena pegang...
kalau iema xsnggup lagi kot nk kawen..
hihi.....
thxs insyaAllah nanti iema amalkan semua doa2 ni...
sama2 berdoa bertemu jodoh yang baek dunia akhirat..
>> pnjangnya bebel

Bidadari Syurga said...

ya btl tu.... allah s.w.t dah ttapkan bahagian hambaNYA begini dah begini... kena yakin pada dugaan DIA... semoga yangindah milik kamu kawan2.

Cik TeN10 said...

sabar ye mina.. insyaALlah ade rezeki nt mina dpt anak2 yg comel !! ;)

emm betul2.. nk melangkah ke alam perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yg mudah seperti mkan gula2.. byk bnda yg nk kna fikir.. byk bnda kna prepare dr segi zahir dan batin..

thanks dear kongsi doa2 dan info yg sgt berguna ni (^.-)

nur aisya humaira said...

takut nak kawin, sbb diri sendiri pn masih lagi serba kekurangan dgn ilmu agama..macam mne nk didik anak2 nanti...huhu

Allah telah susun jalan hidup kita...:)

Anonymous said...

Kalau zaman nenek moyang kita umur 16 tahun dah ada yang berkahwin. Zaman sekarang tak boleh sebab kebanyakan orang zaman sekrang tidak matang dalam berfikir. Tak kuat dalam berusaha. Senang kata lembik. Ada masalah sikit merungut je keje.

Bunga said...

bg bunga kawain bila2 pun xpe..tgh balajr tau tak..yang penting semua mengetahui tanggungjawab masing2..dan semua pihak kena memahami..xkira ibu bapa tua pasangan..

bila blog bercerita said...

duet xada...tp aty mau kawen.....huhuhu...nyanyi jap...

hermmm...msti lah nak kawen, cpe yg xnak an....
nak ase cmne jdik sowg isteri kpd suami, n sowg ibu kpd ank2....
tp bert tggjwb 2...tggjwb sowg ank pon xmmpu lg nak pkul....hurmm~~

ezy.fia said...

kawen? isu sensitip bg saye..
haha..
xnk komen pape la..
ngee

sekadar satu coretan said...

terpulang pada masing2...

bile dah kahwin byk jugak dugaanye..kene ade sifat tolak ansur baru la aman & bahagia hidup...

^pasu bunga^ said...

mmg syok bila tgk org lain ada anak..comei2~~
tapi..rasanya..kalau kawin masa belajar macam tak dapat nak tumpukan pada pelajaran je..kecuali anda bebetul budak yg bijak n cerdas~~
pa pe pon semuanya ditangan Allah..just wait n see..tapi jgn pulak hanya menunggu tanpa berusaha~~
semoga dipertemukan dgn tuan empunya tulang rusuk~~

^pasu bunga^ said...

btw..thnx 4 the info..sangat berguna utk saya..heheh~~

oja_alia said...

adee jodoh,,pasti kawen...sabar dan sabar yee..

soffea said...

nak kawennn!! hehehe :)

tapi ye lah. dalam hidup ni, jodoh sudah ditentukan Allah. kita yg perlu berdoa n berusaha kan? apapun, semoga jodoh kita yg terbaik untuk kita. InsyaAllah :)

Rina Rossoneri said...

boleh je kawin masa belajar tapi masing2 kenalah matang...

aNiS aNiSa said...

* tima kaseh utk kwan2 suma coz sudi komen,,sy sgt hrgai..thanks =))

@kure2 comel : insyaallah kak..ada rzeki tu nnt..

kalau nk anak comel..amalkan surah yusuf time mgndung..insyaallah comel2 blako nnt =)