BeNgAnG TaK??hihi =)

u click me,,i click u!!

Friday 11 March 2011

Amalan Yang Akan Terhindar Daripada Seksaan Kubur~

Assalamualaikum...setelah sekian lama duk mmikirkan nk tulis entry apa la dalam blog ni kan..xtau nak update hape..tapi nk update jugak hehe..ok,,sebenarnya masa dok sensorang dalam bilik...terimbau kembali kenangan di  zaman persekolahan..masing2 ada kenangan yang akan dikenang smpai bila2 kan??dulu2 saya ni wanted...*muka 0tai,,haha..caya x??xpernah duduk asrama sekolah pun..jadi saya akan berulang dari rumah ke sekolah naik la bas bruk hihi..nama bas tu HBR sdn bhd..siap ada pas bulanan lagi..so me n my fren akan naik bas tu hari2..yang bestnya kalau p lwat sekola mesti xkena denda..sebab bas tu yang lewat ahaha…dlu2 ni muka xpayah cakapla, burn trok ah..ya lah,,naik bas kan..balik plak kena brjemur pkul 1..terik kowt~


Sbenarnya bukan nak cita pasal otai ataupun wanted pon,,*relate ka tak.,,bantai ja lah hehe..tapi nak cita pasai satu program yang ada time skola dlu..kawan2 pernah ikut program tahfiz atau apa2 program yang berunsurkan agama tak?kalau yang pernah mesti malam2 sebelum tido akan baca surah al-mulk kan..btul tak??*kalau tak betul..ia kan ja la ek hehe..seperti yang sedia maklum,,surah al-mulk ini banyak kelebihan dan fadhilat apabila kita mengamalkannya..jadi entry kali ni saya nak syer pasai kelebihan dan fadhilat surah al-mulk.



Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: 
"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan 
semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!" 

SURAH Al-Mulk bermaksud Kuasa Pemerintahan.  Surah ini merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran,di dalam juzuk yang ke 29 yang  mengandungi 30 ayat. Surah ini adalah surah Makiyyah iaitu diturunkan di Mekah sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah.

Di antara isi kandungannya adalah  ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan di  dunia dan akhirat. Seluruh alam ini telah diciptakan oleh Allah dengan begitu rapi tanpa sebarang cacat cela.

 Di akhirat kelak, pasti kita akan dapat pembalasan samaada pembalasan yang baik ataupun buruk..bergantung kepada amalan sehari-harian yang dilakukan..mereka yang kufur dan ingkar dengan peraturan Allah pasti akan mendapat balasan dan azab yang amat buruk lagi menggerunkan. Mereka yang mentaati suruhan dan perintah  Allah pastinya akan mendapat keampunan,balasan dan rahmat daripada Allah swt. Semoga kita akan termasuk dengan golongan yang mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah SWT..amin.
Banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan atau menceritakan tentang kelebihan, fadhilat, faedah mahupun hikmah bagi mereka yang sentiasa mengamalkan atau membaca surah Al-Mulk.
Antaranya adalah diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)(HR At Tabrani)
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda:Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Daripada hadis diatas,,dapatlah kita lihat betapa banyaknya fadhilat yang diberikan Allah kepada umatnya yang mengamalkan surah ini,diberi syafaat hingga mendapat keampunan dosa..dihadiahkan kepada pembaca hingga dimasukkan syurga dan dicegah daripada azab kubur..mahukah kita dengan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah dengan sebesar ganjaran dan kita hanya perlu mengamalkan dan membaca surah Al-Mulk sahaja..antara hadis lain juga dapat kita lihat di sini tentang kelebihan surah Al-Mulk
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.(HR At Tarmizi)
Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini (al-Mulk) berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari di azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

 Saiyidina 'Ali berkata: 
"Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."
Selain daripada hadis dan kata2 para sahabat,,hal ini digambarkan juga melalui penceritaan mengenai fadhilat Al-Mulk.
Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”
Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”(HR At Tarmizi)
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi (Al-Mulk) dan Alif-Lam-Mim-Sajdah ( As-Sajjadah ) di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Diceritakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh puluh dosa akan dihapuskan.
Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”
 Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."


Patut lah dulu masa setiap kali program wajiblah baca surah Al-Mulk ramai2 dalam bulatan sebelum tido..ya la dah banyak kelebihan cmni…rugi rasa kalau tak amalkan…lagipun mahu ka kita ni bila kena azab di kubur? Sebagai manusia yang  tak pernah lari dari buat salah dan silap ni  pasti akan merasai azab kubur kan..ermm takotnyaa..kawan2 tau tak betapa perit dan sakitnya azab kubur ini? Jadi..jomlah saya nasihatkan diri sendiri dan kawan2 agar kita mula amalkan surah Al-Mulk ini dengan penuh yakin,ikhlas dan tawaddhuk agar kita mendapat syafaat dan kelebihan yang telah disebutkan dalam hadis diatas sekaligus menghindari diri kita daripada azab kubur…amin..jom kita mulakan sekarang??=)

13 comments:

faINa989 said...

bagus info ni..

:)

Budak SEPINTAR yang pintar, :)

aNiS aNiSa said...

thanks...kongsi2 =)

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

marila kita mjaga aqidah kita...moga kita diampuni..n Allah terima taubat n amalan kita...wallahualam...
tq 4 sharing..nice 2 meet u,

aNiS aNiSa said...

ya,,,moga2 kita diampuni dan terhindar daripada kemaksiatan

most welcome..nice 2 meet u 2..salam perkenalan =)

nabilah_2908 said...

tak terbayang betapa siksanya azab..

terima kasih kerana berkongsi.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MOSQUES AROUND THE WORLD

Anonymous said...

Salam...great ! thnkss 4 sharing ^^

gigiAriEma said...

tengs kongsi info nih.. gigi sllu gak bca surah ni dulu ade ustazah gigi suruh baca.. :)

aNiS aNiSa said...

@nabilah: ya..sakit kan..huhu..sama2

@novelgurl: wslam..most welcome =)

@gigi :welcome...sama2 kongsi apa yg tahu kan..jom kita istiqamah amalan ni kan =)

KUREKURE COMEL said...

dulu sblm tido wajib baca surah al mulk...as sajdah...n al waqiah...



ehhh betul tak ejaan tu...



satu bilik kena baca berjemaah...
smpai hafal.....tq info..

aNiS aNiSa said...

aah,,btul la 2

byk klebihan dy kan akak

most welcome =)

Keyyah said...

pernah dgr pasal ni, tp kekadang baca kekadang x..huhu

Mohamadazhan.com said...

kena rajin2 baca lepas ni :)

aNiS aNiSa said...

@keyyah : moga dipermudahkan dan diberikan kelapangan utk sentiasa istiqamah dlm amalan kbaikan =)

@ust azhan : rajin2 dan istiqamah =)