BeNgAnG TaK??hihi =)

u click me,,i click u!!

Thursday, 31 March 2011

Kisah Secawan Kopi~

Assalamualikum…apa kbar sahabat2 suma..rasa cm lama sangat xupdate blog ni kan…*bdget bz kan?=p

Bknnya apa…ada satu sbjek ni ala2 mikro teaching yang sangat memerlukan komitmen yang penuh dari diri ini dan sangat meletihkan..sob3

Sebab tu la ltey sampai tak terupdate blog ni..ya la da nama pn belajar kan..mesti lah susah..xdak apa yang mudah dalam hidup ni kan??kalau kita nak satu kejayaan tu haruslah berusaha sebaik mungkin kerana

“kejayaan semanis madu..memerlukan pengorbanan sepahit hempedu”

sementelah masa yang ada ni sy cuba manfaatkan sebaiknya ya..=)
saya nk kongsi satu hadis riwayat muslim tentang dunia dan kehidupan..jom kita sama2 amek manfaat..

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “ Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”. – Hadith riwayat Muslim

Jom sama2 kita relate dunia dengan kehidupan seharian..

Andai kata kita diberi gelas dan cawan yang dalamnya ada kopi.. Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, kristal. 



Ada yang kelihatan biasa saja dan ada yang kelihatan mahal..pasti yang murah tu yang akan d tinggalkan dan yang mahal2 tu yang akan dipilih kan??

Kalau semua perasan kan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. 

Keadaan yang biasa semua orang mahukan yang terbaik dalam hidup tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang semua hadapi apabila keadaan ini berlaku..

"Apa yang sebenar diperlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi diri sendiri yang telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, kita akan memerhatikan je cawan yang diambil oleh orang lain.

Manusia ni xkan pernah puas dengan kehidupan sendiri kan..pasti ada ja yang akan kita cemburui kan?hurm~mintak dijauhkan daripada selalu memliki perasaan yang macam ni.amin

Apa kaitan kopi cawan dan gelas dengan dunia dan kehidupan seharian kita??

Kehidupan kita umpamakan sebagai kopi,
kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan tu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan.

Kehidupan tidak akan berubah tapi hanya alatnya yang akan berubah kan. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.

Kita terlalu kejarkan harta dan kekayaan sehinggakan kita gagal menikmati nikmat dan erti dalam kehidupan kita kan..apa gunanya kalau mempunyai harta yang bnyak kalau hati tak tenang?

Nikmatilah kehidupan yang ada dengan sebaiknya berpaksikan Al-quran dan As-Sunnah...pasti apa yang dicaturkan oleh Allah dalam kehidupan adalah yang terbaik utk kita kecapi =)



Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “ Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”. – Hadith riwayat Muslim

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadith riwayat Imam Tirmizi

18 comments:

mrs.sabri said...

hiduplah dalam keadaan sederhana..sesungghnya bersederhana itu di tuntut dalam islam.....

SoLy SoLicious said...

tengok kopi teringat cerite coffe prince.. best kowt citer 2.. heeee..lari tajuk..

nur aisya humaira said...

kite sering mengejar perkara yg sia2,sedang yg bermanfaat kita tinggalkan..bukan secara sengaja,tetapi secara tidak sedar sebenarnye...:)

puteri ain said...

nikmati hidup secara sederhana...

Cik Bidadari said...

amin... semoga jalanKU sentiasa dalam cahayaNYA

shida saje said...

nice entri dear thumbsup!

ieda said...

sabar dikk .. itulah lumrah hidup .. kita cuba buat yg terbaik dan termampu ..

bila mana semua org nak yg terbaik tapi mereka x sedar mereka adalah diantara yg banyak kelemahannya .. kerana mereka x dpt menerima bahawa kita tidak akan sempurna :)

^Pasu Bunga^ said...

ye...dan kopi sejuk adalah lebih sejuk dari kopi ais~~

Novelgurl said...

Waalaikumussalam...erm..buat tgk cawan kn..bukan kite nk minum cwn..kite nk minum kopi..ehe.

MamaEma said...

bersederhanalah seadanya...

Arm_mj said...

hidup seadanya =)

Kak Rosaliza said...

kalo dpt secawan kopi yg comel tu bestkn anis

nabilah_2908 said...

yg....cawan & kopi..sngt related dgn kehidupan kita... terbuka minda... :)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
JOM UJI MINDA

KUREKURE COMEL said...

akak suka artikel ni...
betul2...kdg2 bila dah kaya..hati pun tak tenang...


kenikmatan hidup pun makin dilupai..sbb terlampau mengejar kesenangan...

biarlah besederhana kan..

beautiful_rose said...

org y tamak selalu rugi...
terlalu mengejar kesempurnaan sampai tak nampak kelemahan sesuatu y di kejar tu.

Aqila Safuan said...

wahhh. thanks for this meaningful entry. berguna dan bermanfaat! : )

Rina Rossoneri said...

yup,manusia tidak pernah puas..
cuma berdoa agar tak ada cetusan dengki dari hati nih.

Cik TeN10 said...

nice post !! suke3~

bersederhanalah dlm segala hal..
bersyukurlah dgn apa yg kita ada..
itu yg terbaik kan.. ;)