BeNgAnG TaK??hihi =)

u click me,,i click u!!

Monday 7 March 2011

Kekuatan Berdoa!!



Apakah kekuatan dan kelebihan berdoa?? sebagai umat islam kita terlalu sinonim dengan doa. Usai solat pasti berdoa, pabila sakit,ditimpa musibah,ditimpa malapetaka atau sebagainya pasti akan berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar diberikan kemudahan untuk setiap kesulitan. Walaupun pada hakikatnya kita sebagai manusia, selalu lupa dan alpa padaNya dan yang  selalu ingkar akan  perintahNya,. Apa yang pasti, setiap kali ditimpa musibah atau diuji dengan kesakitan pasti kita akan merintih agar doa kita didengari dan diperkenankan olehNya

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Salman Al-Farisi yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepadaNya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Hanya dengan beberapa patah perkataan pun atau diniatkan segala permintaan dalam hati kepada Allah, hakikatnya ia tetap dikelaskan dalam jenis berdoa..Berdoa dengan penuh pengharapan dan yakin bahawa Allah sentiasa mendengar. Pendek atau panjang bukan ukuran kepada kualiti doa tersebut, tetapi kerendahan hati dan keyakinan diri yang menjadi nilainya. Doa yang pendek jadi kesukaan, namun mencakupi segala keadaan; kebahagiaan, keberkatan dan keselamatan di dunia mahupun di akhirat. Nabi Muhammad saw sebagai kekasih Allah sentiasa berdoa, walaupun telah dijaminkan syurga untuknya.. siapalah kita sebagai hamba Allah yang hina ini untuk tidak terus berdoa sedangkan kita adalah hamba sentiasa melakukan kesalahan. Orang yang enggan berdoa bukan sahaja telah menutup bagi dirinya pintu kebaikan, tetapi dia juga akan mendapat kemurkaan daripada Allah SWT.
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ{60}غافر
Maksudnya:Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Surah al-Ghafir:60)
Nabi SAW bersabda yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang maksudnya :
“Sesungguhnya orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Dia (Allah) marah kepadanya.”

BERDOA merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Ia merupakan pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak terhadap segala yang berlaku, manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah SWT. Doa mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah dan Allah menyukai orang yang berdoa kepadaNya

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya :
Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

 Daripada Abdullah bin Mas‘ud, Nabi Saw bersabda yang maksudnya :
“Mohonlah kebaikan/kelebihan daripada Allah kerana sesungguhnya Allah suka diminta kebaikan/kelebihan dan sebaik-baik ibadah adalah menunggu kelapangan (terlepas daripada kesusahan).”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Doa adalah senjata bagi orang yang beriman. Kelebihan doa amat besar , Melalui doalah keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga, musibah dan kesusahan terhindar. Jika Allah menghendaki dan merestui doa hambanya, tiada ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa.

Allah Ta‘ala berfirman di dalam surah Al- Baqarah ayat 186:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): “Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul.”

Imam Al-Ghazali berkata:
“Jika ada orang bertanya, apa manfaat doa itu padahal qada (ketentuan Allah) tidak dapat dihindarkan. Ketahuilah bahawa qada juga boleh menghindarkan suatu bala dengan berdoa. Maka doa adalah menjadi sebab bagi tertolaknya suatu bala bencana dan adanya rahmat Allah sebagaimana juga halnya bahawa perisai adalah menjadi sebab bagi terhindarnya seseorang daripada senjata dan air menjadi sebab bagi tumbuhnya tumbuh-tumbuhan di muka bumi.”

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah di dalam surah Ar-Ra‘d ayat 39:
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada ibu segala suratan.”



 Adab-adab atau peraturan berdoa mestilah dipelihara oleh setiap orang yang berdoa. Jika seseorang memohon sesuatu kepada seseorang, pasti dia akan menjaga adab dan peraturan dari berbagai segi, maka berdoa dan memohon kepada Allah SWT tentulah  patut  dilebihkan lagi untuk  menjaga adab berdoa agar doa yang dipanjatkan akan dimakbulkan.

Tuntutan dan adab berdoa:
1.       Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji-muji nama Allah serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Saw
2.      Memelihara sumber rezeki seperti makanan, minuman dan pakaian daripada sumber yang haram
3.       Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat-tempat atau ketika dimana doa mudah dan cepat dikabulkan.
4.       Berterusan berdoa dan mengulang-ngulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa menganggap doa tidak dikabulkan.
5.       Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya seperti perkara yang tidak munasabah dan mustahil. 
6.       Berdoa menghadap ke kiblat dan mengangkat dua tangan sekira-kira nampak putih ketiak dan menyapu kedua tapak tangan ke muka setelah selesai.
7.       Berdoa disertai dengan kerendahan hati, khusyuk dengan jiwa yang tulus ikhlas,merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya
8.      Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.


Waktu dan tempat Doa mustajab yang mudah dan cepat dikabulkan

·         Di antara azan dan iqamah.
Daripada Anas bin Malik berkata, Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud :“Doa di antara azan dan iqamah tidak akan ditolak. Berkata para sahabat: “Maka apa yang patut kami katakan wahai Rasulullah (ketika itu)?” Nabi bersabda: “Pohonlah kepada Allah keafiatan di dunia dan di akhirat.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

·         Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardu. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya :
“Tuhan kami Tabaraka wa Ta‘ala turun tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga akhir waktu malam berfirman: “Barangsiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku akan mengabulkannya baginya, barangsiapa meminta kepadaKu maka Aku akan memberinya, barangsiapa memohon keampunanKu maka Aku mengampuninya.”(Hadis riwayat Bukhari)

·         Ketika mendengar kokokan ayam.
Ini adalah berdasarkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya:
“Apabila kamu mendengar kokokan ayam maka mohonlah kepada Allah daripada kelebihanNya, sesungguhnya ayam itu telah melihat malaikat dan apabila kamu mendengar pekikan suara keldai maka mohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan, sesungguhnya keldai itu telah melihat syaitan.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

·         Hari dan malam Jumaat.
Daripada Abu Lubabah bin Abdul Mundzir berkata, telah bersabda Rasulullah Saw  yang maksudnya :Sesungguhnya hari Jumaat itu adalah penghulu segala hari dan hari yang paling agung di sisi Allah dan ia (hari Jumaat) adalah lebih agung di sisi Allah dari Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri. Pada hari Jumaat itu terdapat lima peristiwa penting. (Iaitu) Allah mencipta Nabi Adam, Allah menurunkan Nabi Adam ke bumi, Allah mewafatkan Nabi Adam, pada hari itu ada satu waktu, bila seorang hamba memohon kepada Allah pasti Allah mengurniakannya selama mana dia tidak meminta yang haram dan pada hari itu juga terjadinya Hari Kiamat. Tiada satu malaikat Muqarrib, tidak juga langit, bumi, angin, gunung, dan lautan kecuali mereka itu merasa takut akan hari Jumaat.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

·                   Ketika sujud di dalam sembahyang.
Daripada Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah Saw  bersabda yang maksudnya :
“Sehampir-hampir seorang hamba kepada Tuhannya adalah (ketika) dia sujud, maka kamu perbanyakkanlah doa.”(Hadis riwayat Muslim An-Nasa’i, Abu Daud dan Ahmad)

·         Malam Lailatulqadar.
Firman Allah di dalam surah Al-Qadr ayat 3-5:
“Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.”

·         Hari Arafah.
 Diriwayatkan daripada ‘Amr bin Syuaib daripada bapanya daripada neneknya sesungguhnya Nabi Saw bersabda yang maksudnya :“Sebaik-sebaik doa ialah doa pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan ialah tiada tuhan melainkan Allah yang tunggal yang tiada sekutu bagiNya. BagiNya kekuasaan dan bagiNya puji-pujian dan Dia Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)

·                  Bulan Ramadhan.
“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, imam (pemerintah) yang adil dan doa orang yang dizalimi.” 
(Hadis riwayat Tirmidzi)
                                                                                                                                               
·                  Ketika waktu hujan.
Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa‘d berkata, Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya :“Dua ketika (di mana doa) tidak ditolak atau sedikit sekali yang ditolak: (iaitu) berdoa ketika azan dan ketika pertempuran sedang berkecamuk (dan dalam satu riwayat mengatakan) dan ketika hujan.”
(Hadis riwayat Abu Daud)         
                                                                                                                                                       
·                     Ketika meminum air zam zam.
 Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi Saw bersabda yang maksudnya :“Air Zamzam itu menurut kehendak tujuan meminumnya. Jika engkau meminumnya untuk memohonkan kesembuhan dengannya nescaya Allah akan menyembuhkanmu dan jika engkau meminumnya untuk memohon perlindungan nescaya Allah akan melindungimu dan jika engkau meminumnya bagi melepaskan rasa dahagamu nescaya Allah akan melepaskannya dan jika engkau meminumnya bagi kekenyanganmu nescaya Allah akan mengenyangkanmu, ia (air Zamzam) itu adalah lekukan daripada pukulan malaikat Jibril dan minuman Nabi Ismail.”
(Hadis riwayat Ad-Daraquthni dan Al-Hakim)       
                                                                                                                                  
·                     Ketika membaca Al-Quran terutama apabila khatam.
Diriwayatkan pula daripada Mujahid Radhiallahu ‘anhu berkata yang maksudnya :Telah diutus seseorang kepadaku dan dia berkata: “Sesungguhnya kami menjemputmu kerana kami hendak mengkhatam Al-Quran dan sesungguhnya telah sampai kepada kami bahawa doa diperkabulkan ketika mengkhatam Al-Quran. Berkata Mujahid: “Maka mereka berdoa dengan beberapa doa (ketika khatam Al-Quran).”(Riwayat Ad-Darimi)

·         Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatannya dan kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjidilharam, Masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.
 Diriwayatkan daripada Abu Darda’ daripada Rasulullah Saw  bersabda yang maksudnya :“Satu kali sembahyang di Masjidilharam adalah menyamai dengan seratus ribu kali sembahyang, dan satu kali sembahyang di masjidku (Masjid An-Nabawi) menyamai dengan seribu kali sembahyang, dan satu kali sembahyang di Baitulmaqdis menyamai dengan lima ratus kali sembahyang.”
(Hadis riwayat Ath-Thabarani) 

·                 Ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan.
 Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa‘d As-Sa‘idi bahawasanya dia berkata yang maksudnya :
“Dua masa dibukakan keduannya pintu-pintu langit dan sedikit sekali doa orang yang berdoa ditolak; ketika panggilan untuk mendirikan sembahyang dan berhadapan dengan musuh dalam peperangan.”
(Hadis riwayat Malik)     
                              

Setiap orang Islam haruslah memperbanyakkan doa. Dengan Berdoalah  menunjukkan  ingatan kita kepada Allah Swt. Mengingati Allah hendaklah dilakukan di setiap masa, meskipun di waktu senang atau susah. Maka amalan berdoa hendaklah dilakukan di setiap masa lebih-lebih lagi apabila kita berada di waktu senang dan mewah.

Sabda Rasulullah Saw  yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
“Barangsiapa suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu senang.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Semoga kita dibukakan hati untuk berdoa secara berterusan dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam setiap urusan..amin =)

35 comments:

M a W a D D a H said...

bagus entry nie...moga doa kita dimakbulkan oleh-Nya...aminnn...

keep it up in blogging...:)


p/s: boleh nak tempah...nak tempah apa? boleh emel adah kat mawaddah84@gmail.com... tengah on skrg nie...:)

aNiS aNiSa said...

amin2 ya rabbal alamin...thanks ya..mohon tnjuk ajar =)

boley ek??nk tmpah headband n kliprmbut...sy da geram2 sorg2 dpn lptop da ni..comel sgt!!huhu

Mizz Farah said...

assalam anis :)

kalo de pape yg nak farah tlg..
just gtaw je k..

wat pemulaan anis letak la kotak chat dlu .. sng pelawat nk tggl jejak :)

aNiS aNiSa said...

wsalam...tq farah...

tringin nk ltak kotak chat..tp xtau nk ltak cmna..ajarkan ley??huhu

NzA said...

salam..
TQ 4 sharing...nice.

Ummi Hanie said...

as salam Hanisah ,

kembar nama kite... :)

salam kenalan akk hulurkan ye...akk dah follow juge...thanx follow akk juge ;)

yer, berdoalah...kerana doa lah kekuatan org Muslim...dan Allah sgt suke org meminta2 pdNYA>..

aNiS aNiSa said...

@NZA : wsalam....welcome...sharing is caring..tq =)

@ummi hanie : wsalam akak,,,thanks sudi follow blog baru cmni hehe..

btol tu kak...klu xnak doa tu da sombong sgt dgn pencipta kita...

salam ukhuwah dan salam perkenalan akak =)

Unknown said...

betul2.doa tuh senjata org muslim:)

aNiS aNiSa said...

doa banyak2 jom hehe

qyqa said...

entry yg sangat bermakna.

patutlah bangun pagi tu rezeki terbuka sbb dengar kokokan ayam waktu mustajab doa

KUREKURE COMEL said...

sgt padat...dan byk info berguna...

CaDLyNN said...

good entry...:)

aNiS aNiSa said...

@qyqa: ya...byk klebihan bangun pg ni sbenarnya =)

@kure2 cmel : syukran..sama2 amalkan =)

@cadlynn : thanks =)

EmbunRosaliza said...

akk folo...tak ada cbox ek

aNiS aNiSa said...

thanks akak sudi follow...xpndai nk wat cbox..da crik..tp xjmpk huhu..akak sudi ajarkan la..huuuu =(

^pasu bunga^ said...

yep..tq 4 da info~~

Anonymous said...

I don't even know how I ended up here, but I thought this post was good. I do not know who you are but certainly you are going to a famous blogger if you aren't already ;) Ϲheers!


Also vіsit my ωeb blog instagram follwers
Here is my weblog get lots of twitter followers

Anonymous said...

Thiѕ artiсle presents clear idea fог the new viewеrs of blogging, that gеnuіnely hoω to do гunning а blog.
Feel free to visit my weblog ... buying followers on instagram

Anonymous said...

It іѕ not my fіrst time
to go to sеe this sіtе, і am viѕiting this
webѕitе dailly аnԁ get goοd faсts frοm here all thе time.
Here is my site http://instagram-follower.com

Anonymous said...

I feel that is one of the ѕuch a lοt vital informatiоn for me.
Аnd i'm satisfied reading your article. However want to remark on some basic things, The web site taste is wonderful, the articles is actually excellent : D. Good process, cheers

Feel free to surf to my web page; pikavippi
My webpage :: pikavippi

Anonymous said...

I am really plеased to glance at this wеbѕitе posts ωhich carries lots of
useful infοrmаtіon, thаnks foг providing theѕе
κindѕ of data.

my wеblog :: vapornine
Also see my web page: vapornine

Anonymous said...

Greetings! Very useful advice within this post! It is the little
changes which will make the greatest changes. Thanks for sharing!


Here is my blog and etc to many of my tumblr followers and get attention throughout the region

Anonymous said...

Very shortly this web page will be famous amid all blogging and site-building viewers,
due to it's pleasant content

My weblog ... wli

Anonymous said...

I loved as much as you'll receive carried out right here. The sketch is attractive, your authored subject matter stylish. nonetheless, you command get bought an impatience over that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come further formerly again as exactly the same nearly a lot often inside case you shield this increase.

Also visit my web site - xnt

Anonymous said...

I've learn several excellent stuff here. Definitely price bookmarking for revisiting. I surprise how a lot attempt you set to make this kind of great informative website.

My web site ... zulutrade

Anonymous said...

Your style is really unique compared to other folks I've read stuff from. Many thanks for posting when you've got
the opportunity, Guess I'll just book mark this web site.

Here is my blog post: get followers

Anonymous said...

Hi there, I enjoy reading through your article post. I like to write a little comment to support you.


Here is my weblog - ava fx

Anonymous said...

Home theatre Speakers – Vital Essentials To think about When Purchasing one

Have a look at my blog post ... Epson Powerlite Home Cinema 8350

Anonymous said...

Samsung Ln52a650 42 tommers skærm Inch 1080p 120hz Lcd Television Review

My page ... Panasonic PT-AR100U price []

Anonymous said...

Half-round Gutters: Cleaning In addition to Maintenance

My site; choosy

Anonymous said...

Shielding Guard Some sort of Secret Background Of Near Protection Bodyguarding

Also visit my web blog :: pulpit

Anonymous said...

4 A higher cost Saving Electrical power Tips

my website ... annuity ()

Anonymous said...

A short Think about the Ln52b550 High-definition Television By just Samsung

Also visit my web blog; payday

Anonymous said...

Widespread Problems Involving Home Theaters

my web page; Payday Loans

Anonymous said...

e cig forum, electronic cigarettes, e cigarette reviews, best electronic cigarettes, e cig, electronic cigarettes